Posts

Hakikat bhagianya seorang isteri

Image
Korang perasan tak... bila dunia semakin maju.. kebanyakkan manusia hilang rasa.  Rasa tanggungjawab, rasa nak bercakap, rasa nak meluah, rasa malas, rasa menyampah, rasa dia betul, rasa selalu penat. Isteri bila dia tak bekerja... Dia takde kawan, suaminya lah kawan dia.... Tapi suami tak faham.. dia ajelah terpaling segalanya..... Adakah orang sebegini boleh dikategorikan sebagai narsistic?  Jujur ye.. isteri .. tak kisahlah yg bekerjaya atau suri rumah..Bila isteri terlalu penat. Pada masa yang sama dia sedar atau tidak sedar mengabaikan keperluan suami.. minta maaf.  Kadang bila penat melayan anak, suami baru pulang kerja. Melayan sampai anak tidur. Suami hanya diam membisu. Menghadap HP. Tunggu hidangan makanan si isteri. Lepas makan pun tak reti nak tolong basuh pinggan. Alasan penat.  Ada masa isteri tak cukup tidur sebab anak sakit.. badan sendiri rasa tak sihat,..  Kalau suami jenis faham dan bantu.. tak perlu tunggu isteri cakap.... Dah buat sendiri.. tapi sebab ego setinggi

Suri rumah versi menantu perempuan

Image
 

Bila wanita tidak bercerita... Tahu²…... Hehe

Image
  Fahamilah jiwa perempuan zaman sekarang....  Yang perempuan harus faham adalah faham ilmu agama, bila faham agama mereka tidak akan meminta nafkah melebihi daripada apa yang suami mampu.  Jadilah wanita yang bersyukur.  Alhamdulilah  Shopping sambil buat affliate. Itu lebih menguntungkan.  https://s.shopee.com.my/20dVxT49x6 Jom buat duit dengan shopee. Masukkan kod DWV8M79 anda buat anda dapat. 

Di saat manusia di bawah titik terendah di dalam hidupannya

Salam mahabbah, salam jumaat Sebenarnya hidup kita jatuh disebabkan sikap diri sendiri yang tersentuh dengan kata² manusia.  Hati manusia sukar untuk dijangka, ada golongan yang benar memaksudkan. Ada golongan yang bercakap tapi tak fikir perasan orang lain. Ada pula golongan yang bercakap "kuat" dengan nada perlu seolah-olah nak bagi orang yang diperli faham. Manusia ini nak nampak hebat depan orang. Lihat perangainya/ sikapnya. Kebanyakan manusia sikapnya suka rendahkan orang lain. Tak kisahnya, anak sendiri, pekerja, anak murid dll. Siapa sahaja yang bergelar manusia Ada manusia yang "suka" seseorang tapi dia tegur cara "pelik" menyebabkan orang tu menjauhkan diri. Ini biasanya orang pertama kali nak approach seseorang. Biasanya perempuan dia insecure dan takut bertemu dengan orang yang salah. Bila perkara ini berlaku kita akan tahu sikap sesorang tu macamana bila kita tegur dia. So bila dah tahu macam kena reject. Perangai pun nampak sombong/angkuh bil

Izinkan aku bahagia

Nama aku Laili, Dah hampir 20 tahun aku berkahwin. Alhamdulillah.. aku dikurniakan 4 orang anak  Pada awal perkahwinan nampak indah sahaja. Aku jenis bersangka baik dengan semua orang. Kalau ada orang sakitkan aku. Aku boleh memaafkan tapi tidak dapat melupakan.  Dalam hal rumah tangga aku banyak campur tangan keluarga sebelah suami aku. Aku selalu sakit kepala. Pada awalnya , aku memang tak nak cerita yang aku ada terasa dan perasan perkara yang aku rasa tak selesa pada suami.  Tapi lama-lama kesabaran aku meletup juga. Bila setiap perkara aku cuba selesaikan cara baik. Pasti ada perkara lain yang timbul yang menyakitkan hati aku.  Mungkin orang cakap. "Sabarlah..sabar.. " makan tahun sabar tapi perkara tak berubah. Contoh, handphone korang di buka tanpa izin walaupun dah ada kata laluan. Orang lain baca dan melihat semua dalam hp tu. Kemudian orang tu sebar aib ko. Ko rasa? Nak sabar lagi ke? Samalah juga kalau orang terjah rumah ko masa tak da orang kat rumah. Sebarkan pad

Perihal suami cemburu dalam diam

Nama aku baiti,  Aku memang jenis tidak pandai bersosial. Tapi kalau aku dah kenal orang aku akan nampak peramah tak kena tempat.  Suami aku jenis pendiam, jenis tidak banyak cakap . Tapi dia jenis cemburu dalam dia. Hatta aku cerita pasal lelaki lain pun , dia cakap "abang pun tak pernah cerita pasal perempuan lain depan dia". Nak dijadikan cerita, suami aku ini kerja yang ada masa berjumpa dengan ramai orang. Aku ingat dia jenis samalah bila bersama aku, diam dan tak banyak cakap. Kalau bercakap pun sepatah dua payah. Aku je yang cakap panjang meleret. Tapi bab kerja dengan perempuan. Aku tengok Pandai jugak dia senyum dan borak. Ada masa gelak-gelak juga. Apa dia ingat aku yang perhati dia, tak jelas ke. Tapi aku jenis tak tanya, aku diam dan pendam . Aku jenis tak cepat melenting. Kalau aku tanya , mesti dia akan cakap. Masa kerja takkan diam je. Tapi masa kat rumah.. dia diam je. Makan diam sambil tengok HP. Macam aku ni robot yang tiada perasan. Bila ditegur kadang namp

Pengakuan jujur

Bismillahirrahmanirrahim.. Manusia yang metafizik no.8 akan ada titik tengah . Ada masa dia berputar di atas ada masa di atas.  Pengakuan jujur seorang kawan, dia pernah rasa kecewa.  Dia bangkit semula dengan sebab membaca buku " Membina Hati Bahagia". Cerita ini masa aku belajar di Gombak dulu. Aku bukan seorang motivator, aku juga tak ambil kos psikologi. Ada ambil subjek "pengenalan to psikologi" . Tapi keputusan tidak boleh dibanggakan.. sebab time tu aku "sakit". Dipendekkan cerita, dia datang jumpa aku menangis teresak-esak. Aku yang kekonon tengah studi pun terkejut. "Wahai should I do".. haha.. Masa tu dia baru putus cinta..almost 5 years rasanya. Tak pasti end up sebab apa. Rasanya sebab family lelaki tu ada pilihan lain. Sejujurnya aku pun tak ingat.  Sejujurnya aku memang tak reti nak nasihatkan dia. Bayangkanlah aku memang tak pernah bercinta dengan sesiapa. Jadi pengalaman kena tinggal tu macam takda dalam hidup aku. Kalau "cru