Hakikat bhagianya seorang isteri



Korang perasan tak... bila dunia semakin maju.. kebanyakkan manusia hilang rasa. 

Rasa tanggungjawab, rasa nak bercakap, rasa nak meluah, rasa malas, rasa menyampah, rasa dia betul, rasa selalu penat.

Isteri bila dia tak bekerja... Dia takde kawan, suaminya lah kawan dia.... Tapi suami tak faham.. dia ajelah terpaling segalanya..... Adakah orang sebegini boleh dikategorikan sebagai narsistic? 

Jujur ye.. isteri .. tak kisahlah yg bekerjaya atau suri rumah..Bila isteri terlalu penat. Pada masa yang sama dia sedar atau tidak sedar mengabaikan keperluan suami.. minta maaf. 

Kadang bila penat melayan anak, suami baru pulang kerja. Melayan sampai anak tidur. Suami hanya diam membisu. Menghadap HP. Tunggu hidangan makanan si isteri. Lepas makan pun tak reti nak tolong basuh pinggan. Alasan penat. 

Ada masa isteri tak cukup tidur sebab anak sakit.. badan sendiri rasa tak sihat,.. 

Kalau suami jenis faham dan bantu.. tak perlu tunggu isteri cakap.... Dah buat sendiri.. tapi sebab ego setinggi langit... Dia sanggup baring tengok HP dengan alasan penat...

Tu belum kalau dapur sepah. Kadang si isteri lepas masak. Anak meragam, layan anak dulu.. kadang sampai sebulan agak bersepah. Ada suami jenis jeling je. Tak tolong kemas pun. Tahu jeling je dapur sepah... (Isteri nampak muka suami jeling.. rasa nak nangis...) ego sangat bila orang nampak baik tolong isteri. Sedangkan Rasulullah pun saw pun tolong isterinya di dapur. Belum bab sampah lagi. Suami ajeelah yg penat... Suami ajelah yg kerja.. bila ditanya..  dia akan jawab... "Cubalah kerja.. tahu penatnya mcmna..."... Lepas daripada tu isteri dah tak nak tanya dah... Biarlah suami balik nak buat ape... Suami bukan tegur isteri pun.. dia buat hal sendiri.. sukahtilah nak hadap HP sampai malam tak tidur ke.. barang dapur ade ke tak.. tanda isteri dah tak kesah... 

Kadang isteri memang tak bising. Sebab dia pun penat... Penat sampai kena zikir Fatimah baru debar hilang dan boleh tidur malam.

Tapi  isteri ni perhati... Mcm juga suami perhati isteri.... Kat rumah mak sendiri, pandai pula tak payah disuruh....., si suami senduk nasi sendiri kalau isteri tak menyempat. Bukan itu je pinggan cawan automatik pandai basuh. Bukan takat tu je. Pakej apa yg ada kat sinki kuali, periuk pun di basuhnya. Siap mak mertua tegur si isteri. "Ha.. tengok dibasuhnya semua" sambil mata memandang si isteri. Terkebil2 si isteri.

Kadang benda ni si isteri simpan bertahun². Bukan berdendam. Tapi dapat suami sejenis tak faham2. Ada masa suka kondem bila bab baju, bab rumah sepah dll. Tapi bab anak diam membisu. Tak reti nak nasihat seperti Al-Quran anjurkan. Dialog ayah dengan ayah lagi banyak berbanding dengan ibu. Bab anak2 pun ibu2 pun letih .


Itu belum bab emosi. Suami tak faham, kalau bab tegur oklah. Tapi masuk bab rumah, pening dengan pinggan mangkuk rumah. Bab tak pandai masak. Bab kerusi buruk. Bab pakai baju yang sama. Suami diam membisu. Isteri yg tengah menahan emosi ditambah suami yang diam seribu bahasa. Tidak menenangkan. Isteri bukan nak minta suami menangkan isteri tapi hargainya isterimu wahai suami. Letakkan dia tempat yg sesuai. Damaikan hatinya. 


Lama-lama pendam. Boleh meletup gunung berapi. Bila suara hatinya tidak didengari


Isteri ni kalau dilayan baik.. dia juga layan baik suaminya 


Kalau suaminya melihatnya jeling2... Acuh x acuh... Tak pernah ucap terima kasih lepas sediakan makanan.. kadang isteri hanya mahukan conversation yang buat dia bahagia.. mood jadi gembira... Suami fikir tak perlu cakap benda mcmtu hari²..


Kalau dia tak suka diucap begitu mengaku perlu paksa diri sendiri. Akhirnya diri sendiri yg sakit. Sayangilah diri sendiri. 


Kalau suami rasa betul sangat.... Ambillah sangat betul tu .. kata ketua keluarga..anggaplah isteri dan anak2 tak wujud.. 


Suami akan nampak baik bila dengan keluarganya sahaja..suami akan bercakap bila dengan keluarganya sahaja.. isterinya? Tak wujud.. borak pun tanak.. alasannya penat... Penatlah panjang.... Itulah zikir setiap kali ajak borak... 


Anggaplah isteriya itu robot yang tiada perasaan. 

Suami bab mcmni dia tak nak baca pun. Yang dia tahu suami je betul..

Suami akan cari isteri masa....... Fikirlah sendiri....

Patutlah zaman sekarang ramai isteri dan suami yang curang.... Sebab dalam rumah tangga tiada mawaddah wa Rahmah.... 

Suami anggap dia penat cari duit ..habiskan untuk anak bini.. keluarga suami pun nampak isteri yang tak bekerja juga habiskan duit dan harta suami..  isteri jadi tertekan dengan kata2 suami dan keluarga suami. Suami pula tak pandai ambil peranan damaikan perasan isteri. Isteri bukan nak dimenangkan.. sekurang2nya isteri rasa selamat dengan perasan, emosi, keadaan, stabil dengan suami. Sebab isteri tahu jalan untuk dia masuk syurga adalah melalui taat kepada suami. 

Tapi kalau suami buat-buat tak ambil endah, buat-buat tak tahu, buat macam takde ape... akhirnya berlakulah penceraian....


Bila isteri dah terlalu kecewa dan penat.. dia dah malas nak apa². Nak cakap... Nak gelak... Nak senyum...nak ada eye contact...sebab apa hatinya dan terluka ... Bila terluka hatinya tidak disembuhkan... Makin bertambah parah... 

Bila terlambat....tahulah dia mahu kemana.... 

Hakikat...


 

Comments

Popular posts from this blog

Izinkan aku bahagia

Pengakuan jujur