Di saat manusia di bawah titik terendah di dalam hidupannya

Salam mahabbah, salam jumaat

Sebenarnya hidup kita jatuh disebabkan sikap diri sendiri yang tersentuh dengan kata² manusia. 

Hati manusia sukar untuk dijangka, ada golongan yang benar memaksudkan. Ada golongan yang bercakap tapi tak fikir perasan orang lain. Ada pula golongan yang bercakap "kuat" dengan nada perlu seolah-olah nak bagi orang yang diperli faham.

Manusia ini nak nampak hebat depan orang. Lihat perangainya/ sikapnya. Kebanyakan manusia sikapnya suka rendahkan orang lain. Tak kisahnya, anak sendiri, pekerja, anak murid dll. Siapa sahaja yang bergelar manusia

Ada manusia yang "suka" seseorang tapi dia tegur cara "pelik" menyebabkan orang tu menjauhkan diri. Ini biasanya orang pertama kali nak approach seseorang. Biasanya perempuan dia insecure dan takut bertemu dengan orang yang salah. Bila perkara ini berlaku kita akan tahu sikap sesorang tu macamana bila kita tegur dia. So bila dah tahu macam kena reject. Perangai pun nampak sombong/angkuh bila kena tegur. Kita faham²lah . Terus angkat kaki. Jangan tunggu.. hati jadi sakit. Terus rawat hati. Caranya kita kena yakin ada sebab Allah temukan kita dengan dia. Untuk jadikan kita lebih matang dan pandai menyelesaikan masalah dengan tenang.


Ada golongan yang memang niat nak sakitkan hati kita. Yang ni memang sakit woooo.... Memang main kesihatan "mental". Sebab apa? Depan kita punyalah baik. Tapi belakang kita. Kita sendiri tak percaya apa yang dia cakap dan dia buat. Ada orang memang dia akan terkejut bila kita tetiba pandai buat sesuatu. Contohnya memasak kuih raya. Diaorg akan simple cakap " eh, dia pandai apa". Bila pandai bawa motor. "Eh pandai ke? ". Sebab selama ini dia selalu merendahkan orang tersebut. Golongan macam ini memang dia tak pernah dia rasa silap. Sebab dia rasa dialah yang paling betul. Terpaling tua dan terpaling dihormati. Jadi apa yang dia buat tak siapa boleh larang/tegur. Dia sedar kesalah dia tapi dia tak rasa dia bersalah. Golongan macam kita perlu jarakkan sahaja. Tidak membenci tapi perlu buat "gap". Caranya mudah, borak yang perlu. Kekuatan orang seperti ini, dia pandai pancing emosi seseorang dengan tone suara, pujuk rayu, simpati seolah-olah semasa berborak semuanya indah belaka. Hakikatnya, aib anda telah dikorek dengan cara anda sendiri yang merelakannya. Bab ni biasalah orang perempuan. 

Ada pula golongan manusia yang memang suka cakap lepas tapi tidak memaksudkannya. Tapi bagi aku sejujurnya, aku sendiri tak setuju dengan statemant ini. Macam "play victim" . Sebab kita bercakap biasanya ada maksud. Susah sekali yang tak bermaksud. 

Apapun kita ini manusia yang ada hati dan perasan. Dalam hidup ini mudah, ada perkara yang boleh kita control. Ada perkara yang tidak boleh control. 

Buat anda tulis. 

Perkara yang anda boleh control

- diri sendiri

- emosi

- kewangan

- wajah

- sikap

- rajin/malas

-


Perkara yang tidak boleh anda control

- suami

-anak-anak

-mertua/menantu/ipar duai/biras

-jiran

-

-

-


Jadi perkara yang anda boleh control anda lakukan sebaiknya. Yang anda tak boleh control jangan terlalu stress. Contoh, kita ada masalah dengan suami. Kita tak boleh ubah dia. Jadi bila kita baru berkahwin, awal lagi nak kenal perangai masing². Kunci perkahwinan kena syukur. 

Jika dia seorang yang pendiam. Buka bererti dia tak ambil berat soal lain. Jika dia masih belikan barang dapur/makan minum anak/perbelanjaan rumah dll maksudnya suami anda seorang yang bertanggungjawab. Sebagai isteri kita alhamdulillah syukur. Jika ada benda yang kita tak dapat suami tak mampu. Kita jangan memaksa. Ada rezeki Allah akan lorongkan dan mudahkan jalan tersebut. Yang penting saling berkomunikasi walaupun tak secara lisan. Melalui wassap pun boleh. As long sampai maklumat. Jangan remehkan apa usaha suami anda buat. Ucaplah terima kasih, hargai dia. Terima kekurangan dia. Terima kasih juga pada suami yang terima kekurangan kita sebagai isteri. 





Comments

Popular posts from this blog

Izinkan aku bahagia

Pengakuan jujur